Resepi Mini Pavlova Strawberry Step By Step

Posted on

Buat mini pavlova strawberry yang sedap ni tak lah susah sangat, sama aje macam kita buat kenari dan macaroon. Dessert ni memang manis sangat. Saya nasihatkan kalau kencing manis atau yang gula dah berlebih dalam badan, janganlah cuba-cuba makan pavlova ni. Dessert yang dinamakan sempena ballerina Rusia, Anna Pavlova, ini sangatlah lazat. Kulit keras kat luar tapi kat dalam tu lembut macam marshmallow. Macam tu lah rasanya pavlova. Untuk menyimbangkan rasanya yang manis, disarankan untuk makan pavlova dengan buah-buahan yang masam. Kita boleh letak strawberry, kiwi, blueberry, dan markisa sebagai hiasan. Kali ini, kita akan gunakan buah strawberry dan buah kiwi je sebagai topping mini pavlova. Jomlah, kalau nak buat boleh lah ikut resepi step by step ini.
resepi mini pavlova strawberry step by step 01

____________________________
Bahan
resepi mini pavlova strawberry step by step 02
4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan

Bahan hiasan
Wiping Cream Korea Strawberry
Strawberry – potong dadu
Kiwi – potong dadu

________________________________

Cara Buat Mini Pavlova Step By Step
1. Sediakan loyang lalu alaskan loyang dengan baking paper
2. Panaskan oven dengan api dibawah 170 celcius. Nanti, bila dah masukkan pavlova, turunkan suhu kepada 120 – 100 celcius
3. Pukul putih telur pada kelajuan paling maksimum hingga gebu.
resepi mini pavlova strawberry step by step 03
4. Masukkan gula sikit-sikit sampai habis.
5. Terus pukul hingga kental. Bila terbalikkan mangkuk, putih telur statik ja tak gerak-gerak, itu bermakna anda berjaya mengentalkan putih telur.
6. Satukan tepung jagung, esen vanila, dan cuka dalam bekas kecil
7. Kacau rata hingga semua bahan larut lalu masukkan dalam adunan telur tadi. Gaul rata dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
8. Letakkan adunan atas baking paper. Untuk mendapatkan pavlova yang sama saiz, boleh ukur atau guna acuan.
resepi mini pavlova strawberry step by step 04
9. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120 – 100 celcius selama 1 jam atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras
resepi mini pavlova strawberry step by step 05
10. Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit sehingga sejuk dan kering sepenuhnya.
resepi mini pavlova strawberry step by step 06
11. Putar wiping cream dengan kelajuan maksimal sampai kembang, pekat dan kental. Jangan over putar kerana nanti wiping cream yang dah kental akan jadi cair balik.
resepi mini pavlova strawberry step by step 07
12. Touch up pavlova dengan wiping cream dan potongan buah strawberry dan kiwi.
resepi mini pavlova strawberry step by step 08
resepi mini pavlova strawberry step by step 09

 

Mini pavlova topping strawberry kiwi yang sedap dan lazat siap disediakan