Resepi Nasi Ayam Kicap Sedap Paling Simple Abad Ini! 1 Jam Dah Siap

Posted on

resepi nasi ayam kicap sedap simple 00
Hari ini admin kongsikan resepi nasi ayam kicap yang paling sedap dan simple. Sesiapapun boleh cuba dan akan menjadi expert dalam membuat nasi ayam. Ibu yang sibuk jangan takut untuk menyediakan nasi ayam untuk keluarga kerana resepi ini sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama, 1 jam dah siap. Resepi ini perkongsian dari Nor Shakinah Md Zainal. Beliau menamainya ayam kebabommm. Kanak-kanak pasti gemar makan nasi ayam ni. Rugi kalau Anda tak cuba resepi paling simple ni.

Resepi Nasi

Bahan
4 ulas bawag putih (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
2 helai daun pandan (dibuat simpul)
3 sudu besar mentega (boleh guna minyak je)
garam secukup rasa
1 hujung sudu kecil gula
4 cawan geras

Cara-cara
1. Beras dibasuk dan masukkan air seperti masak nasi putih
2. Panaskan kuali dan tumiskan semua bahan kecuali garam dan gula.
3. Jika sudah agak kuning, tutup api
4. Masukkan semua tumisan serta garam dan gula ke dalam periuk berisi beras tadi. Tunggu nasi masak

Resepi Ayam Kebabommm

Bahan
7-8 ketul ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
1/2 cawan kicap lemak manis
3 sudu besar madu (boleh guna 1 sudu besar gula bila tak ada madu)
1 kiub ayam
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan ke semua bahan ke dalam kuali. Tak perlu diperap.
2. Tambah secawan air sehingga tenggelam ayam.
3. Masak hingga ayam empuk. Ayam akan bertukar jadi hitam sebab bahan-bahan dah masuk di dalamnya.

resepi nasi ayam kicap sedap simple 01
4. Dalam kuali lain, panaskan minyak. Goreng sekejap ayam tu agar berkilat dan berkaramel. Jangan lama sebab ayam dah masak. Ayam ni sedap sebab berperisa isinya.

Cara Buat Kuah Kicap

resepi nasi ayam kicap sedap simple 03

1. Ambil kuah rebusan ayam tadi. Tapiskan dan masakkan semula di atas api. Tambah sikit air agar tak terlalu pekat. Masak hingga mendidih, lepastu tutup api. Kuah kicap siap disediakan.

Resepi Sos Cili

Bahan
4 biji cili merah (buang bijinya)
2-3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
2 sudu besar cuka
1 1/2 sudu besar gula
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Blenderkan semua bahan dan masak sekejap di atas api sehingga kuah menjadi pekat. Tak payak letak minyak

resepi nasi ayam kicap sedap simple 02

Nasi ayam kicap sos cili paling sedap sudah siap dihidangkan. Hidangkan bersama daun salad, timun, tomato, dan sup. Senang sangat masak nasi ayam kicap ni. Keluarga dan kanak-kanak pasti suka nasi ayam kebabomm kuah kicap. Jika kanak-kanak suka ayam, Anda juga bisa buat ayam halia berkuah. Selamat mencuba.