Resepi Nasi Ganja Sukatan Cawan Sedap Meletop, Pasti Ketagih!

Posted on

Resepi nasi ini sangat sedap dan pasti ketagih sehingga dinamai nasi ganja. Korang tak perlu khawatir sebab nasi yang sedap meletop ini tak mengandung bahan ketagihan seperti marijuana. Anda pun akan merasa mengantuk selepas memakan nasi ganja ni. Jom cuba buat resepi nasi ganja yang sedap dan mudah dengan sukatan cawan ni, Anda boleh ketagih dengan kesedapan masakannya.

resepi nasi ganja sedap mudah sukatan cawan

Bahan
5 cawan beras basmati
Air ikut sukatan beras
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
2 1/2 sudu rempah daging
1 sudu rempah sup
1 sudu besar sun quick
2 sudu besa mentega
4 sudu minyak
sedikit lemak ayam
Daun pandan
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa

Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, dan halia
2. Masukkan minyak, mentega dan lemak ayam untuk menumis
3. Tumiskan rempah 4 sekawan, lepastu masukkan bahan yang diblender tadi sampai naik bau.

resepi nasi ganja sedap mudah sukatan cawan 01
4. Masukkan daun pandan, kacau merata.
5. Masukkan rempah sup dan rempah daging. Tunggu sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan air mengikut sukatan beras tadi. Panaskan hingga mendidih.

resepi nasi ganja sedap mudah sukatan cawan 02
6. Beras yang sudah dibasuk tadi sejat sebentar, lepastu masukkan ke dalam bahan yang sudah ditumis hingga mendidih tadi.

resepi nasi ganja sedap mudah sukatan cawan 03
7. Masukkan pati sunquick, garam, gula serta serbuk perasa. Lepastu, alihkan ke rice cooker dan masak seperti biasa

resepi nasi ganja sedap mudah sukatan cawan 04
8. Nasi ganja siap dan sedia dihidangkan

resepi nasi ganja sedap mudah sukatan cawan 05
Anda boleh hidangkan nasi ganja yang menjadi buruan ramai ni bersama ayam goreng, ayam kurma, ayam masak merah, daging masak hitam, atau ayam madu.