Resepi Nasi Minyak ala Kampung Paling Simple! Step by Step

Posted on

Nak buat nasi minyak ala kampung tapi malas kerana bahan-bahannya yang renyah? Jom cuba resepi nasi minyak kampung yang paling simple tapi rasanya memang terbaik! Yang penting mesti ada bahan utama nasi minyak iaitu minyak sapi, susu sejat, dan bawang. Pasti bertambah sedap dan menyelerakan jika diletak juga daun pandan dan bahan-bahan tumis. Jom cuba buat nasi minyak paling sedap dan mudah ni.

Bahan

3 cawan beras basmathi (saya guna beras Jasmine Basmathi Pusa Gold)
5 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1 cawan susu sejat (teman pakai marigold)
1/2 cawan kismis
1/2 sudu teh garam
Serbuk kunyit

Bahan Hiris Kasar
1 inci halia
4 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan Tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
1 batang serai di titik

Cara-cara

1. Panaskan rice cooker, masukkan minyak sapi dan minyak jagung

2. Tumiskan bahan tumis hingga harum

 

3. Masukkan bahan hiris kasar

4. Masak hingga harum baunya

 

5. Masukkan susu cair dan serbuk kunyit

 

6. Masukkan 1 pot air

7. Masukkan kismis

 

8. Perasakan dengan garam

 

10. Kacau rata

 

11. Masukkan beras basmathi

 

12. Akhir sekali, masukkan lagi 4 pot air. Tutup periuk dan biar hingga masak

13. Bila nasi telah masak, gemburkan nasi

Nasi minyak ala kampung dah siap. Siapkan pula bahan untuk lauk. Favorit saya untuk digandingkan dengan nasi minyak kampung adalah daging masak hitam atau ayam masak merah.