Resepi Nugget Ayam Buatan Sendiri, Sedap dan Sihat! Kegemaran Anak-Anak!

Posted on

Budak-budak suka gila makan nugget ayam. Kalau aku goreng nugget, sekejap saja licin. Tapi, makanan yang berproses macam tu tak sihat kerana banyak MSG dan bahan pengawet. Jadi, kalau boleh buat nugget ayam sendiri memang menyihatkan! Admin akan berkongsi resepi nugget ayam buatan sendiri. Resepi ini adalah salah satu lauk pauk kegemaran anak-anak di rumah. Jom cuba buat nugget ayam buatan sendiri. Jimat, Sihat, Memang Terbaik!

Bahan-bahan:
200 gram daging ayam (cuci bersih dan rebus hingga masak, kemudian kisar halus)
2 biji telur – ambil putih sahaja
1 sudu kecil serbuk kari
100 gram serbuk roti
½ labu bawang besar – cencang
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk perasa ayam – jika suka
Sedikit minyak masak

Cara-cara buat nugget ayam homemade:
1. Siapkan semua bahan
2. Campurkan daging ayam kisar dengan putih telur dalam satu bekas yang besar.
3. Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk perasa ayam dan lada sulah. Ramas-ramaskan hingga boleh dikepal-kepalkan .
4. Akhir sekali campurkan dengan serbuk roti dan gaul hingga sebati.
5. Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan dibentuk mengikut kesukaan anda.
6. Simpan nugget dalam peti sejuk beku sekurangnya setengah jam sebelum dimasak agar ia mengeras dan terbentuk dengan elok
7. Apabila hendak dinikmati, panaskan minyak yang banyak supaya nugget tenggelam semasa digoreng. Gorengkan nugget ayam hingga kelihatan warna keemasan. Bila dah cantik keemasan warnanya, boleh diangkat dan dihidangkan.

Anda boleh menambah bahan tambahan lain yang Anda suka. Contohnya, tambahkan keju di dalam nugget ayam jika anak-anak suka keju. Anda juga boleh menambahkan sayuran seperti daun sup, daun bawang, dan lobak merah agar lebih sihat. Jika nugget ayam ini ingin diberikan pada bayi, Anda boleh mengganti perisa ayam dengan stok ayam buatan sendiri yang bebas MSG. Sedap dan Sihat! Selamat mencuba membuat nugget ayam homemade!