,

Resepi Nutella Almond Brownies Crunchy Step By Step Bergambar! Peminat Brownies Wajib Cuba!

Hari ni nak kongsi resepi Nutella Almond Brownies yang crunchy! Senang gila nak buat nutella brownies ni. Almond dan choco chips mencantikkan rupa brownies coklat nutella ni. Resepi ni memang yummy dan simple gile!

Anda peminat brownies? Jom cuba resepi brownies nutella yang simple dan mudah ni..

Bahan-bahan
100 gram butter
250 gram coklat dark compound (cairkan)
2 sudu besar nutella
150 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar tepung beras
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
Choco chips dan almond sesuai selera

Cara-cara
1. Masukkan butter, coklat dan nutella ke dalam pengukus kemudian cairkan


2. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan tepung beras


3. Whisk telur, gula perang dan esen vanilla


4. Masuk campuran coklat ,butter dan nutella tadi panas-panas kemudian kacau.


5. Masukkan campuran tepung kemudian kacau lagi


6. Lapisi cetakan kek dengan baking paper kemudian letak sesenduk amik spatula. Ratakan nipis-nipis.


7. Tabur choco chips dan almod yang korang suka. Ratakan..


8. Bakar suhu 160/170 api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit sampai nampak kekacang keperangan


9. Masa panas die mmg belum cruncy so bukan soh makan panas2 tp potong laju2 masa panas dis xmudah pecah


10. Ok bile sejuk baru ko amik pisau sisip bawah brownies ko td

Brownies coklat nutella topping crunchy almond siap disajikan. Sedap sangat. Rasa coklat penuh dengan manis lemak coklat disulami cruncy almond perghh debaikk..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai (Step By Step)