Resepi Okonomiyaki Pancake Jepun Paling Sedap dan Senang Disediakan untuk Sarapan Pagi

Posted on

resepi okonomiyaki pancake jepun sedap senang 00

Okonomiyaki ialah pancake sayur ala jepun. Bahan asasnya ialah tepung, lepas tu dicampurkan dengan sayur yang kita sukai, sesuai namanya okonomi yang artinya kesukaan hati. Yaki maksudnya goreng atau bakar. Pancake jepun ini sangat mudah disediakan sebagai breakfast. Kanak-kanak tak suka makan sayur? Cubalah sediakan okonomiyaki ini. Mereka pasti suka pancake sayur ala jepun ini. Selain mudah untuk disediakan, cara nak buat okonomiyaki ini pun senang. Jom kita tengok bahan dan cara nak sediakan pancake jepun yang sedap.

Bahan-bahan Pancake Jepun
1 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 cawan air
1 mangkuk kobis dihiris halus (boleh tambah lobak merah)
1/2 sudu kecil stok ayam
10 ekor udang – dipotong kecil
Hirisan daun bawang
Garam
Sedikit minyak

Cara-cara nak sediakan okonomiyaki:

1. Masukkan tepung, air dan telur. Kacau hingga sebati

resepi okonomiyaki pancake jepun sedap senang 01

2. Masukkan stok ayam dan garam.

resepi okonomiyaki pancake jepun sedap senang 02

 

3. Masukkan kobis, daun bawang, dan udang. Kacau adunan sampai sebati

resepi okonomiyaki pancake jepun sedap senang 03

 

4. Panaskan non stick pan. Letakkan sedikit minyak. Bla pan dah agak panas, sendukkanlah adunan tadi dalam bentuk lapisan ke dalam pan.

resepi okonomiyaki pancake jepun sedap senang 04

 

5. Bila dah nampak garing dan rangup, boleh terbalikkannya. Hati-hati bila balikkan, jangan sampai terbelah.

resepi okonomiyaki pancake jepun sedap senang 05

6. Dah siap, angkat! Kalau nak senang makan, potong okonomiyaki tu kepada beberapa bahagian.

resepi okonomiyaki pancake jepun sedap senang 06

 

7. Picitkan sos cili, sos tomato dan mayonis di seluruh permukaan atas. Bertambah sedap jika taburkan katsuobushi dan nori halus.

resepi okonomiyaki pancake jepun sedap senang 07

 

Senang kan buat okonomiyaki pancake jepun. Terimakasih kepada dapurlazz yang sudi kongsi resepi okonomiyaki paling sedap dan senang ni. Anda boleh simpan okonomiyaki yang dah digoreng tanpa sos dalam freezer. Bila nak makan, boleh je panaskan guna oven, lepastu dressin dengan sos dan mayonis.

Selamat mencuba!