Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Tanpa Telur! Gebu di Dalam, Lembut di Luar!

Posted on

resepi pau goreng inti kacang merah gebu tanpa telur 02

Resepi pau goreng inti kacang merah ini sangat sesuai untuk Anda yang teringin sediakan bekalan untuk anak-anak ke sekolah. Anda boleh buat padang siang hari kemudian simpan. Saat Anda sediakan breakfast, baru gorengkan pau goreng ini. Memang senang buat pau inti kacang merah ini.

 

resepi pau goreng inti kacang merah gebu tanpa telur 01

Terimakasih kepada pemilik resepi pau goreng gebu ini, Sha Roziah Al Yahya. Resepi pau homemade ini dihasilkan untuk mereka yang alergi pada telur. Anda boleh membuat pau yang gebu tanpa telur. Meskipun tanpa telur, pau inti kacang merah ini sangat sedap, garing di luar, lembut gebu di dalam.

Jom simak resepi mudah dan sedap ini.

Bahan Pau
250 gram tepung gandum
5 gram yis segera
25 gram marjerin
1/2 sudu kecil garam
30 gram gula halus
1 sudu besar susu manis
110 gram air biasa

Bahan inti kacang merah
200 gram kacang merah
100 gram gula perang
1/2 sudu kecil gula merah
1/2 sudu kecll garam

Cara-cara membuat inti kacang merah
1. Rebus kacang merah hingga separuh kembang
2. Masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama air. Kisar hingga halus
3. Masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah, dan garam
4. Kacau rata dan masak hingga pekat. Angkat dan sejukkan. Inti kacang merah siap disisipkan ke dalam kulit pau.

Cara-cara membuat pau goreng tanpa telur
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan untuk membuat kulit pau goreng

2. Satukan yis, marjerin, gula, dan garam. Tuangkan air sikit-sikit. Uli adunan ini selama 10-15 minit

3. Bentuk doh bulat-bulat. Setiap satu doh menjadi 35 gram. Simpan doh selama 10 minit dan ditutup plastik agar kembang.

resepi pau goreng inti kacang merah gebu tanpa telur 03

4. Ambil doh dan tepekkan menjadi bulat

5. Isikan 20 gram inti kacang merah, lepastu ditutup dan dibulatkan lagi. Simpan doh ini

resepi pau goreng inti kacang merah gebu tanpa telur 04

 

resepi pau goreng inti kacang merah gebu tanpa telur 05

 

resepi pau goreng inti kacang merah gebu tanpa telur 06

 

resepi pau goreng inti kacang merah gebu tanpa telur 07

6. Selepas sejam, atau keeseokan hari, barulah goreng doh dengan minyak panas tapi api sederhana hingga berwarna keperangan

Pau goreng inti kacang merah sedia dihidangkan untuk bekalan kanak-kanak. Keluarga pasti suka pau goreng tanpa telur ni. Dipersilakan share resepi mudah ini kepada kawan-kawan Anda.