Resepi Pavlova Mudah dan Sedap, 4 Bahan Je! Garing di Luar, Lembut di Dalam!

Posted on

Resepi pavlova garing di luar lembut di dalam ini sangat mudah dan sedap dimakan bersama buah-buahan masam. Resepi ni dari kak Jas di Group Masak Apa Hari Ni.

Resepi pavlova kebanyakkannya sama je cuma cara membuatnya ada yg sedikit berbeza. Tapi cara-cara nak buat pavlova ni senang gilaaaaaaaaa ok! Bahan-bahan pon sikit je dan senang je untuk cari. Mudahnya membuat pavlova di rumah bila baca artikel ini. Memang confirm la lepas ni anda akan buat pavlova sedap kan. Siapa suka pavlova ? Jom cuba resepi ni.
Jom kita mulakan dengan bahan-bahan dulu :

Bahan-bahan pavloba
~ 4 biji putih telor ayam..
~ Secawan gula.. nak kurangkan manis pon boleh
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan/esen vanila

Cara-cara membuat pavlova paling mudah dan senang step by step :

1. Mula2, asingkan dulu putih telor dengan kuning telor. Kita ambik yg putih telor aje tau.. kuning telor dgn kulit telor kita takmo.. ada pahammmm.. ๐Ÿ˜

Kuning telor tu korang jgn buang lak. boleh goreng ka masukkan dlm mee ka bihun goreng ka . Jangan membazir na. amalan setan to haha.

2.Kemudian, mix putih telor sampai putih telor tu gebu (soft peaks).. masukan gula halus tadi mix lagi smpai bhan jadi bertanduk…
#nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh..

3.Masukkan gula kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar hokey..

4.mix sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. msukan cuka dan esen vanila.
Bila dah sebati, stopkan mixer..
Hasil adunan atau pun lebih di kenali dgn ” meringue” ..

4.Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..ikut la uols nak wat cmna.

5.Apa lagi.. masukkan la dlm oven…. suhu antara 180 darjah celsius.. bakar selama 45 minit..

Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam .. hokey siap…boleh boh toping dah….

Bahan-bahan topping pavlova ๐Ÿ˜˜
Fresh cream
Buah2 an segar… umh kakjas ade anggur n buah dalam tin je…bedal je lahh

Mix freh cream smpai kental pasto letak je atas pavlova tadi…hias dengan buah2 ..nk sedap masuk peti ais….esok baru mkn sbb air2 buah dah meresap msuk dalam….kakjasz x tahan dah….licin kena ngap ngn kakjasz n ank2 hahaha๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜