Resepi Pes Sambal Serbaguna, Boleh Tahan Berbulan-Bulan! Menjimatkan Masa dan Sedap!

Posted on

Resepi pes sambal serbaguna untuk stok berbulan-bulan ini amat membantu kerja harian Anda. Sambal serbaguna ini boleh makan dengan nasi panas, boleh buat perencah nasi goreng, boleh buat goreng bihun, nak makan dengan apa-apa pun boleh. Pes sambal ini juga boleh dibuat sambal udang petai, sambal ikan bilis, asam pedas, telur goreng sambal, sambal sotong dan berbagai masakan lainnya. Dengan adanya stok pes sambal serbaguna ini, Anda boleh memasak pelbagai lauk pauk dalam masa 30 minit saja. Sambal serbaguna ini boleh bertahan berbulan-bulan dalam peti ais. Cuma cedok ja bila nak digunakan. Resepi mudah dan sedap ini menjimatkan masa dan memudahkan kerja memasak Anda! Jom cuba resepi sambal serbaguna ni.

Bahan kisar
– Bawang besar 4 biji
– Bawang putih 6 ulas
– Udang kering 10 ringgit

Bahan lainnya
– Serbuk cili kasar 10 ringgit
– Minyak 1kg
– Garam
– Gula
– Asam keping

Cara membuat pes sambal serbaguna

1. Kisar semua bahan kisar dengan minyak 1/2 kg
2. Panaskan 1/2 kg lagi minyak dalam kuali lepas tu tumis bahan-bahan kisar sampai wangi dan jadi warna keemasan
3. Masukkan serbuk cili kasar, asam keping, garam, gula (lebihkan sikit gula)
4. Kacau dalam 5 ke 10 minit dan angkat (api kecik saja & kacau selalu)

Selamat mencuba membuat pes sambal serbaguna!