Resepi Puding Cendol Gula Melaka Yang Lemak Manis! Step By Step

Posted on

Resepi Puding Cendol Gula Melaka – Panas berdeting betul cuaca sekarang ni. Panas-panas begini pekena dengan sesuatu yang sejuk amatlah menyegarkan. Kalau dah sebut sejuk-sejuk ti apalagi jika tidak puding. Kali ini saya sajikan kepada semua pengunjung FoodAddict.me dengan puding cendol gula melaka yang lemak manis ni.

Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar
1 liter air (lebih kurang 5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 cawan cendol
1 cawan gula merah..
Psst: bahan-bahannyer saya jadikan 1/2 sebab kiteorang berempat jerkan…dapat dalam 3 bekas..

Cara membuat puding cendol sedap step by step

1. Masakkan serbuk agar-agar gula dan sehingga mendidih..

2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Lepastu, panaskan 2/3 bahagian dan masukkan susu cair dan cendol

ini cendol sedap…hijo.. n fresh lagik

 

3. Masukkan dalam acuan dan biarkan hingga hampir keras. Lepastu, panaskan 1/3 bahagian dan masukkan gula merah

4. Kacau Rata dan biarkan mendidih..kemudian tapiskan. Masukkan dalam acuan yang berisi cendol tadi

5. kemudian sejukkan dan siap. tadaaaaaa

puding cendol gula melaka best makan sejuk-sejuk.
makan waktu berbuka memang sedap,uolss
dan boleh jugak bagi pada jiran-jiran juga adik beradik.

Selamat mencuba