Resepi Puding Jagung Kastard Paling Sedap! 6 Bahan Mudah, Sekejap Je Dah Siap!

Posted on

Di penghujung minggu ini, puding jagung kastard sangat sesuai bila disediakan sebagai dessert bersama keluarga. Sebabnya, resepi puding jagung ni boleh guna bahan yang mudah dan amatlah cepat masa nak menyediakan puding guna tepung kastard ni. Cara-cara buat puding jagung ni paling senang gila, campur-campur bahan, kacau-kacau, lepastu tuang dalam loyang, sekejap je dah siap. Sangat simple nak buat puding jagung yang sedap ni. Puding jagung ini pun juga sesuai untuk kanak-kanak yang ada alahan dengan telur. Jom kita layan resepi puding jagung tanpa telur paling mudah ni.

 

Bahan

resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur bahan bahan

1 tin jagung krim
80 gram tepung kastard
25 gram serbuk agar-agar
259 gram gula
1200 ml air
1 tin susu sejat (boleh guna santan kelapa)

 

Cara buat puding jagung kastard tanpa telur

 

1. Masukkan air, gula, dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Gaul hingga sebati sebelum dipanaskan agar tidak berketul.

resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur 01

2. Guna bekas lain, masukkan tepung kastard dan susu sejat. Gaul dengan hand wisk hingga tepung kastard larut dan sebati.

resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur 02

3. Panaskan air bancuhan agar-agar dengan gula guna api sederhana dan senantiasa dikacau hingga mendidih

resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur 03

4. Masukkan bancuhan tepung kastard dengan susu sejat.

resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur 04

5. Masak hingga buih-buih macam volcano keluar

resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur 05

6. Tutup api dan masukkan jagung krim manis, lepastu gaul hingga sebati
resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur 06

7. Tuang adunan puding jagung ke dalam loyang. Biarkan dulu. Bila dah sejuk, baru boleh masukkan dalam peti sejuk.

resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur 07

8. Puding jagung dah siap disediakan. Potong dengan pisau plastik.

resepi puding jagung kastard sedap tanpa telur 08

Puding jagung tanpa telur ni sesuai dihidangkan sejuk-sejuk sebagai pencuci mulut kepada keluarga ataupun tetamu.

Selamat mencuba!