Resepi Puding Roti Karamel Yang Anda Mesti Cuba, Tak Susah Pun!

Posted on

Mudahnya membuat puding roti karamel. Jika Anda penggemar puding roti karamel yang mudah dan cara penyediaan sangat ringkas tetapi sangat sedap, kami rasa Anda harus menyimpan resepi puding roti karamel ini ke dalam senarai resepi impian Anda. Jika Anda mencari resepi puding roti karamel confirm jadi, ini mesti menjadi pilihan pertama Anda. Jom cuba resepi pencuci mulut yang mudah dan ringkas ini.

Bahan-bahan:

– 3 sudu gula
– 1 sudu air panas
– 1 cawan air suam
– 1 cawan susu cair
– 1/2 cawan susu pekat
– 3 biji telur
– sedikit esen vanila

Cara-cara:
– Panaskan gula yang diisi ke dalam loyang menggunakan api sederhana sehingga berwarna keperangan (menjadi gula hangus). Kemudian masukkan sesudu air panas. Ratakan ke sekeliling loyang.

– Blendkan roti yang dicarik-carik bersama air suam, susu cair dan susu pekat. Pastikan blender digunakan bebas bau bawang dan bebas warna kunyit. ☺️

– Kocokkan telur bersama esen vanila dalam mangkuk kosong, kemudian tapiskan ke dalam blender yang berisi roti tadi.

– Dah sebati, masukkan ke dalam loyang. Boleh la dikukus dengan api sederhana selama 40-45minit.
Opps! Masa proses diatas tadi, korang dah boleh panaskan pengukus tau.


Selamat Mencuba resepi puding roti karamel confirm jadi!