Resepi Pulut Kuning dan Rendang Daging Untuk Hari Jadi, Sedap, Lembut dan Berlemak!

Posted on

Resepi pulut kuning khas Untuk hari jadi en suami hari ini..tak nak kek katanya,,nak mkn pulut kuning dengan rendang daging, sejak pak mentua ajar cara nk masak pulut kuning, event apa2 msti sy masak pulut kuning ni…sedap, lembut dan berlemakπŸ˜‡ tambah pulak dgn rendang.

Cara masak pulut kuning:
Bahan2:

1kg stgh pulut (pulut susu)
Santan 1 kotak kecik(sy pakai santan kara)
Daun pandan (10 helai)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2nya:
1 .Rendam dahulu pulut bersama dengan sedikit serbuk kunyit (sy letak 2 sudu) cantik je warnanya.. rendam selama 3,4 jam.

2. Panaskan pengukus. Sambil tu susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning jd lg sedap tau..kemudian masukkan pulut atas daun pandan. Kukus sampai sedikit lembut. Dalam 1 jam mcm tu..

3. Da agak lembut tu, keluarkan letak dalam bekas lain.

4. Kemudian ambil 1 kotak kecil santan td tambah air..kuantiti penuh 1 mangkuk besa selalu anda makan maggie tu..hehe. Lepas tu tambah sedikit garam.

5. Lepas tu gaulkan dgn pulut td, dah rata kukus semula.

Mcm sy, sy suka letak semula daun pandan td.. susun balik dan kukus mcm td, selama 15 ke 30 minit lg.
Dannnnn siap boleh dimakan..πŸ˜‡πŸ˜‡

**ramai yg req resepi rendang daging, ni dia πŸ˜‡

Rendang daging

Bahan2:
1kg stgh daging
2 biji Bunga lawang
2 batang kayu manis
3helai Daun kunyit
2 sudu Serbuk kari (sy pakai serbuk kari daging)
2 bungkus Kerisik
2 kotak santan kecil (sy pakai brand kara)
Garam secukup rasa

Bahan yg dikisar:
15 ulas Bawang merah saiz sederhana besar
10 Ulas Bawang putih
2 inci Lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 batang serai saiz besar
20 tangkai Cili kering (ikut pedas yg ibu2 suka)

Cara2nya:
1. Panaskan minyak, minyak kalau boleh kuantiti yg banyak. Dalam 1 cawan.. sebab mase menumis bahan kisar akan berair. Masukkan bunga lawang dan kayu manis.. kemudian masukkan semua bahan kisar td. Tumis sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan serbuk kari tadi. Pastikan mase masak sentiasa kacau ya, takut hangus belah bawah nti..
3. Dah pecah minyak masukkan daging td, gaul sebentar kemudian tambahkan air.. dalam 3 cawan,tunggu sehingga daging lembut..selagi belum lembut kalau boleh jgn masukkan santan dulu ya..klu perlu tambah air lg tambah je yeπŸ˜‡ sampai btl2 lembut.

4. Bila daging dah lembut masukkan kerisik, santan dan daun kunyit yg dipotong mayang td.
5. Last sekali letak garam dan rasakan. πŸ˜‡

**kalau nak pekat masak lama sikit tp api kecil, kalau nak kuah banyak da boleh matikan api ya.

Boleh hidangkan terus. ❀️

Okeyh selamat mencuba ya ibu2πŸ˜‡
Jangan segan silu untuk share.