Resepi Sos Thai Sedap Homemade, Dijamin Halal! Bisa Buat Jualan!

Posted on

Sos thai ini merupakan sos pencicah yang amat lazat dan sedap serta mudah disediakan. Sos yang rasanya manis, pedas, dan masam secukup rasa ni membuatkan selera bertambah. Sos ala thai ini amat sedap digunakan untuk cicah, bebola ikan, popia goreng, cucur udah, atau pun sayur sayuran. Sos keluaran negara Thailand sememangnya sangat lazat dan menepati cita rasa lidah ni. Kali ini kami kongsikan resepi cara membuat sos ala thai sedap homemade yang dijamin halal. Resepi asal adalah kredit kepada Siti Nornaim Keng. Jom cuba buat sos ala thai ini.

resepi sos ala thai sedap homemade halal
Bahan
3 labu bawang putih
2 genggam cili api (merah)
1/2 cawan cili padi (hijau).
2.5 liter air
1/2 kg gula
700 ml jus limau kasturi /nipis (ikut mana korang suke yer)
2 cawan sos cili
4 biji mangga muda(besar mangganya yer)
Air+tepung jagung (satukan)
garam
1 ikat daun ketumbar (akarnya jangan buang + hiris halus yer daunnya)

 

resepi sos ala thai sedap homemade halal

cara-cara membuat sos thai sedap homemade:
🌶Bawang putih + cili-cili padi blender separuh halus (saya gune blender tangan tanpa letrik)
🍋blender mangga dengan sedikit air sampai halus
🌶masukkan semua bahan dalam periuk..kecuali air tepung jagung
🍋Masak dengan api sederhana
🌶Biarkan mengelegak selama 30minit
🍋Masukkan garam +air tepung jagung …
🌶Kepekatan tengok mana yang korang suke yer..
🍋Kepedasan jgk tahap mana korang nak k
🌶Biarkan masak selama 1jam…
🍋Bole simpan lama ye sos ni

resepi sos ala thai sedap homemade halal
Selamat mencuba. Boleh simpan dalam botol kedap udara di peti sejuk Anda untuk kegunaan.