, ,

Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai (Step By Step)

Resepi Sotong Bakar Bersumbat dengan Sambal Masak ala Thai – Jalan-jalan nak cari resepi masakan untuk makan petang, terjumpa dengan sotong bakar sumbar dari Starving Time Bangkok. Sedapnya tengok sotong sumbat tu. Puas kalau makan sotong yang besar-besar gini. Semangat berkobar-kobar.

Jomlah cuba menu makan petang dengan sotong sumbar bakar ala thai ni

Bahan-bahan
Sotong, saiz besar. 300 gram.
Telur sotong 200 gram
1 biji telur
1/2 sudu kecil Lada serbuk
1/2 sudu besar sos kicap masin.
1/2 cawan air

Bahan sos seafood
Cili padi 100 gram.
Bawang putih 50 gram.
Air perasan limau nipis 150 gram
100 gram sos ikan
100 gram gula
100 gram Air
50 gram daun ketumbar
Air kaldu

Cara memasak
1. Bersihkan sotong dan buang kulit yang berwarna ungu

2. Masukkan telur sotong bercampur dengan telur, serbuk lada, dan kicap masin thai.


3. Masukkan campuran tersebut ke dalam sotong

4. Perap sotong tersebut ke dalam campuran kicap masin thai dan air

5. Bakar sotong selama 2-3 minit

Cara membuat sos seafood sambal thai
1. Rebus air kaldu hingga mendidih

2. Masukkan semua bahan sos seafood ke dalam blender
3. Masukkan air kaldu yang sudah mendidih
4. Haluskan semua bahan dengan blender

Sotong bakar siap disajikan dengan dituangkan sos sambal seafood ala thai.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

resepi mee goreng basah pedas simple bergambar sbs

Resepi Mee Goreng Basah Pedas Yang Paling Simple

Resepi Nutella Almond Brownies Crunchy Step By Step Bergambar! Peminat Brownies Wajib Cuba!