Resepi Tart Nenas Cream Cheese Paling Sedap!

Posted on

Resepi Tart Nenas Cream Cheese
resepi-tart-nenas-cream-cheese-paling-sedap
Bagi anda yang suka rasa gurih dari keju, anda perlu cuba tart nenas yang dikombinasi dengan cream cheese. Gabungan lazat antara cream cheese dan nanas ini terasa sempurna di mulut. Jomlah cuba buat tart nenas cream cheese yang paling sedap ni.

Bahan

bahan bahan resepi tart nenas cream cheese paling sedap

250 gram butter
50 gram gula aising
2 biji kuning telur
350 gram tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
40 gram parmesan cheese

Isian:
200 gram jem nenas
250 gram cream cheese
1 kuning telur + 1 sudu makan susu serbuk

Cara buat tart nenas cream cheese:

1. Campur butter dan gula aising hingga berwarna pucat lalu tambahkan kuning telur

resepi tart nenas cream cheese paling sedap 01

2. Tambahkan semua bahan kering lalu gaul hingga sebati

3. Ketepikan adonan selama 10 minit.

4. Untuk isian, campur jem nenas dan cream cheese. Dinginkan di peti ais
resepi tart nenas cream cheese paling sedap 04

5. Untuk membentuk tart nenas, ambil 15 gram doh dan balut di sekitar 10 gram isian. Roll menjadi bola.

resepi tart nenas cream cheese paling sedap 05

6. Menggunakan sepasang kecil penyepit, picit sekeliling doh

resepi tart nenas cream cheese paling sedap 06

7. Letakkan doh di atas baking tray lalu sapukan campuran kuning telur dan susu. Tabarkan parutan permesan cheese di atas doh.

8. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 18 minit.

Tart nenas cream cheese ini siap disajikan untuk hidangan biskut raya yang istimewa.

Kredit: