Resipi Istimewa Ayah Nasi Briyani, Gulai Daging & Kurma Daging Pakar Masak Rumah Kenduri

Posted on

Resipi Istimewa Ayah Nasi Briyani, Gulai Daging & Kurma Daging Pakar Masak Rumah Kenduri

Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Tepulang pada selera kita untuk memilih daging atau ayam.

Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal

 

Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi… Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan….

 

NASI BRIYANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi (basuh toskan)
    Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak)
  • 2-3 labu bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 5-6 biji buah keras
  • *Separuh dihiris separuh diblend
  • 3 helai daun pandan
  • Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
  • 1 senduk rempah beriani (ayah saya beli kedai mamak rempah briani ni)
  • 1 senduk minyak sapi + sedikit myk masak
  • Suku tin kecil tomato puri
  • 1/2 tin tomato sup
  • 3 sudu besar oren sunquick
  • Sedikit jagung segar dan kismis
  • Sedikit gula batu dan garam secukup rasa
  • Secawan susu cair
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskn minyak sapi dan minyak masak.
  2. Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
  3. Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
  4. Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
  5. Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
  6. Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
  7. Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
  8. Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
  9. Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak utk banyak.