Tahukah anda kek gulung swiss dapat dibuat dengan hanya menggunakan kuali? Mari pelajari resepi yang mudah dan enak ini

Posted on

Tahukah anda kek gulung swiss dapat dibuat dengan hanya menggunakan kuali? Mari pelajari resepi yang mudah dan enak ini

Resipi mudah ini mengajar kita bagaimana membuat kek gulung swiss yang lazat dan lembut. Kita tidak akan tahu jika kita tidak mencubanya!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • 3 biji telur (asingkan kuning dan putih telur).
  • 30 gram mentega.
  • 50 gram susu.
  • Minyak zaitun.
  • Putih telur.
  • Gula.
  • 250 gram tepung kek.

 Ingredients needed are 3 eggs (egg yolk and white separated), 50 grams milk, 30 grams butter, olive oil, egg white, sugar and cake flour 250 grams.

Cara-caranya ialah: 

#1 Campurkan kuning telur, minyak zaitun, susu, mentega dan gula ke dalam satu bekas. Kacau adunan itu sehingga sebati dan tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi.

#2 Pukul 3 biji putih telur perlahan-lahan dan tambah putih telur lagi apabila ia mula mengembang. Pukul sehingga putih telur itu mengeras dan gebu.

#3 Satukan adunan tepung dan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.

#4 Sapukan kuali dengan sedikit minyak zaitun dan tuangkan adunan kek ke dalam kuali. Pastikan kuali tidak dipanaskan dan tiada gelembung udara dalam adunan kek tersebut.

#5 Dengan menggunakan api yang kecil, bakar kek tersebut selama 6 minit. Pastikan anda memeriksa keadaan api di bawah kuali. Apabila bahagian atas kek mula berubah warna, balikkan kek tersebut dan bakar selama 2 hingga 3 minit lagi.

#6 Selepas kek masak, keluarkan dari kuali dan letakkan di atas kertas minyak. Sebagai pilihan, anda boleh meletakkan krim atau jem untuk menambahkan lagi keenakan rasa dan meningkatkan persembahan kek supaya menjadi lebih menarik.